skip to Main Content
CALL CENTRE : 1-800-88-2121 (TELE INSURANCE/CLAIM HELPLINE)
TOTAL ASSIST : 1-300-80-8800 (24 HOURS ACCIDENT & BREAKDOWN ASSIST)  
EN BM CH

Cermin Kereta Retak, Bagaimana Cara Untuk Membuat Tuntutan Insurans

Kalau kereta rosak, kita hantar ke bengkel kan? Kalau cermin kereta pecah, kena hantar ke kedai cermin kereta pula. Tetapi, bagi mereka yang mempunyai insurans tambahan untuk cermin kereta boleh membuat tuntutan insurans dengan mudah.

Sebelum membuat tuntutan insurans

Untuk membuat tuntutan cermin kereta rosak atau retak menggunakan “Claim Insurance” anda perlu pastikan insurans kereta yang anda beli setiap tahun itu perlu ada perlindungan (cover) tambahan untuk cermin kereta. 

Pastikan polisi anda mempunyai perlindungan tambahan untuk cermin kereta. Cermin kereta retak atau pecah memang tidak boleh dijangkakan. Masa anda tengah elok memandu, tiba-tiba cermin terkena lontaran batu sehingga retak. Apabila keadaan ini berlaku, harap bertenang kerana anda boleh terus pergi tukar cermin kereta tanpa mengeluarkan wang jika anda sudah mempunyai insurans perlindungan tambahan.

Kes yang mungkin boleh berlaku kepada sesiapa iaitu semasa pemandu kereta mengekori lori pengangkut batu di jalan dan tiba-tiba, batu yang jatuh dari lori terkena cermin hadapan yang menyebabkan cermin kereta retak. Untuk mengelakkan berlakunya kes tersebut, jauhkan jarak kereta dengan lori, terutama sewaktu berada di jalan yang berbukit dan elakkan mengikuti lori yang mengangkut batu. Atau, terkena serpihan batu dari mesin rumput.

Tahukah anda?

Cara untuk tuntutan cermin kereta senang sahaja:

Dokumen yang diperlukan untuk Tuntutan Cermin Kereta Pecah

Kereta Persendirian

  • Salinan Kad Pengenalan pemilik kereta 
  • Salinan lesen pemandu pemilik kereta, atau pemandu kereta
  • Salinan geran kereta 
  • Salinan laporan polis

Kenderaan Syarikat 

  • Salinan Kad Pengenalan dan lesen memandu 
  • Salinan sijil insurans dan cover note
  • Geran Kereta 
  • Cop Syarikat 
  • SSM 
  • Salinan laporan polis

Cara Tukar Cermin Kereta 

  1. Dapatkan salinan cover note insurans atau sijil insurans. Kalau katakan cover note atau sijil insurans ni dah hilang atau tersalah letak, hubungi semula pihak insurans untuk mendapatkan salinan. Pastikan dalam cover note atau sijil insurans ni ada maklumat perlindungan tentang cermin untuk membolehkan anda membuat tuntutan.
  2. Dapatkan salinan geran kereta. Kalau tiada salinan ni, memang kena minta pada pihak bank di mana kita membuat pinjaman untuk pembelian kereta.
  3. Sediakan salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu.
  4. Sebaiknya buat laporan polis untuk tuntutan cermin depan kerana ini akan membantu mempermudah kelulusan tuntutan anda. Namun, jika anda membuat pembaikan cermin depan di bengkel Pacific & Orient Insurance, laporan polis tidak diperlukan.
  5. Semak senarai panel yang disahkan oleh syarikat atau membuat temu janji.

Back To Top