skip to Main Content
CALL CENTRE : 1-800-88-2121 (TELE INSURANCE/CLAIM HELPLINE)
TOTAL ASSIST : 1-300-80-8800 (24 HOURS ACCIDENT & BREAKDOWN ASSIST)  
EN BM CH

Minyak Kereta vs Minyak Motosikal - Beza atau Sama?

Setiap mesin, terutamanya yang melibatkan kenderaan memerlukan cecair tertentu untuk berfungsi dengan baik. Jika anda memiliki sebuah motosikal, pasti anda sering tertanya-tanya jika motosikal boleh menggunakan minyak enjin kereta dan sebaliknya atau setiap minyak enjin mempunyai keperluan yang berbeza.

Jawapan: TIDAK BOLEH.

Anda mungkin pernah mendengar percakapan ini – bukan semua minyak dicipta sama walaupun anda pasti berfikiran bahawa minyak adalah minyak dan fungsi kedua-duanya membekalkan kuasa. Tidak, apabila ia melibatkan minyak kereta dan minyak motosikal untuk kenderaan anda. Apabila anda menggunakan minyak yang salah untuk kenderaan anda, ia boleh menyebabkan kerosakan yang serius kerana fungsi, formulasi prestasi minyak tertentu adalah berbeza.

Setiap enjin mempunyai ciri-ciri tersendiri untuk menepati keperluan dan prestasi kenderaan. Menggunakan minyak yang betul adalah sangat penting untuk memastikan anda melindungi kenderaan anda dengan betul. Jadi, apakah akan terjadi apabila anda menggunakan minyak yang salah?

Minyak kereta dan minyak motosikal tidak sama dan tidak boleh ditukar ganti. Menggunakan minyak motosikal untuk kereta atau minyak kereta untuk motosikal akan merosakkan komponen transmisi kenderaan dan prestasi enjin akan menurun.

Misalnya anda menggunakan minyak kereta untuk motosikal anda, kemungkinan besar ia akan mendatangkan masalah gelinciran klac (clutch slip). Maka, pilihlah minyak khas untuk kenderaan anda dan pastikan dahulu ketepatan maklumat yang tertera.

Enjin motor mudah menjadi lebih panas berbanding enjin kereta, oleh itu enjin motor memerlukan minyak yang lebih likat dan tidak mudah cair yang juga menyebabkan enjin tersebut berjalan dengan lebihan yang boleh menyebabkan ia rosak.

Untuk kereta, bahagian enjin, transmisi, klac dan kotak gear berada dalam komponen berasingan. Manakala bagi motosikal pula, enjinnya berkongsi minyak dengan klac dan kotak gear. Tetapi disini kami ingin memberitahu bahawa jenis klac (klac basah dan klac kering) berbeza mengikut jenis motosikal.

Jadi, kami cadangkan anda menyemak buku manual kenderaan anda mengikuti jenis minyak yang sudah diberikan atau dapati nasihat dari pakar-pakar yang lebih menegetahui tentang keperluan enjin kenderaan anda.

Back To Top